Friday, March 5, 2010

Wahai anak-anak ku..ambil ingatan..pesanan ini..buat pedoman perjalanan hidup mu..

Dua insan yang mama anggap seperti kakak dan ibu.Kak Nor bersama Mak Ani dialah sebagai ibu dan kakak dikala mama berjauhan dari Ibu kandung.....semoga hidupnya dilindungi Allah...amin....
Ini lah Masjid tempat mama menimba ilmu..semoga diberi petunjuk dan hidayah...dan diberkati hidup ini...amin...


Sama-sama berselawat.. sempena Maulidur Rasul..


Mama bersama Mak Ani yang sudah ku anggap seperti ibu...

Berikan sepenuh kasih sayang kepada kedua Ibu Bapa,kerana meraka adalah pemegang tali perhubungan nyawa ketika kamu meningkat dewasa;kasih mereka terhadap anak adalah kasihdari titisan airmata dan peluh yang tak mungkin terbalas

Pada Guru,hendaklah ingat akan jasa-jasanya kerana dia adalah satu satunya pemegang pelita yang menerangi kegelapan hidup kita;kerana hidup tampa ilmu adalah yang tersia-sia

Kasih akan keluargamu kerana mereka adalah insan yang terdekat sekali di dalam hidupmu..dan mungkin dipisahkan dengan apajua pun;bagai air yang dicincang tidak akan putus.

Berbudi luhur dan beramah mesra dengan Jiran Tetangga,kerana mereka adalah sebahagian dari keluarga kamu.

Pada sahabat handai,hendaklah berlaku jujur serta hormat menghormati dalam memupuk pergaulan yang abadi;kerana sahabat yang sejati itu ibarat bintang-bintang yang menghiasi bulan diwaktu malam.

Disegala kebahagian kesusahan putaran hidup ini terdapat akan sekuntum hati yang sama-sama merasai;dia adalah teman hidup mu.Tatangilah perkongsian hidup yang suci ibarat menatang mutiara yang tiada ternilai harganya;kerana dialah satu jiwa yang boleh memberi ketenangan dan kemanisan hidup dalam dunia yang penuh kepahitan.

Jika kita bandingkan hidup yang singkat didunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat,maka hidup ini adalah mimpi belaka.

Dari itu,sayangi dirimu, cintai ALLAH dan kasihiakan RASSUL- NYA;kerana tidak dijadikan kekasih NYA, MUHAMMAD, melainkan menjadi rahmat semeta alam.

Pegang teguh pada keimanan yang kamu tanamkan ibarat pokok yang tak berganjak dipukul ribut;kerana itu adalah satu keselamatan buuat dunia dan akhirat.

Semoga TUHAN yang maha pengasih dah maha penyayang mencucuri kasih dan sayang hamba -NYA yang KHUSYUK dalam menyintai NYA....

dipetik dari kitab.. doaku harapanku[khatijah Bte Yusof]

No comments:

Post a Comment